![Whatsapp Image 2021 11 01 At 6.23.13 Pm](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-01-at-6.23.13-PM.jpeg?v=1635763484)
Banjir kilat landa beberapa kawasan di Melaka
Masa Membaca:31 Saat
AYER KEROH 1 Nov – Hujan lebat sejak jam 4 petang tadi ini menyaksikan beberapa kawasan di Melaka dinaiki air.
Antara kawasan yang terjejas dengan banjir ialah di sekitar Ayer Keroh membabitkan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), termasuklah pejabat operasi Melaka Hari Ini Sdn Bhd di Rumah Media Melaka.
Difahamkan banjir turut berlaku di Krubong dan Taman Merdeka berdasarkan perkongsian oleh warga maya di Facebook.
Di daerah Alor Gajah pula, turut dikongsikan beberapa kawasan mula dinaiki air.
Ia termasuklah di hadapan Bangunan Jabatan Kerja Raya Alor Gajah dan Balai Polis Durian Tunggal.
-Berita lanjut menyusul-
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
971