
Banjir kilat di Jasin terkawal, tiada PPS dibuka
Masa Membaca:30 Saat
JASIN 13 Julai – Beberapa lokasi sekitar Jasin membabitkan pelbagai kawasan termasuk persisiran pantai ditimpa banjir kilat cuaca hujan.
Kapten (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jasin, Shahrulnizam Mad Shah berkata, cuaca terbabit disebabkan hujan lebat kira-kira jam tiga hingga empat pagi tadi, bagaimanapun hujan kembali renyai sehingga tengah hari ini.
Ujarnya, tiada bencana serius berlaku di kawasan terbabit dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini.
“Keadaan banjir kilat dilihat terkawal dan semakin surut pada ketika ini, bagaimanapun APM dalam keadaan bersedia bagi menghadapi pelbagai kemungkinan yang akan berlaku berhubung cuaca seperti ini,” katanya ketika dihubungi.
Views:
512