
Banjir: Kawasan terjejas meningkat tengah hari ini
MELAKA 23 Jun – Kawasan terjejas banjir meningkat kepada 19 lokasi setakat jam 12 tengah hari ini, berbanding pagi tadi.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan banjir kini telah merebak ke semua tiga daerah dalam negeri.
Daerah Melaka Tengah kekal mendahului senarai dengan 16 lokasi dinaiki air.
Ia membabitkan Taman Rambai Indah, Gedung Lalang, Kg Pinang A, Pokok Mangga, Pekan Klebang Besar, Pulau Gadong, Taman Bukit Rambai, Taman Rambai Utama dan Taman Rambai Jaya.
Selain itu, turut terlibat ialah Tanjung Minyak, Kg Bukit Datuk A, Kg Tampoi, Kampung Pengkalan Rama Pantai, Rumah Awam Pantai Peringgit, Taman Desa Molek dan Kg Padang Bukit Lintang.
Daerah Jasin kekal dengan satu lokasi terjejas iaitu di DUN Serkam, manakala yang terbaharu dua lokasi terjejas di daerah Alor Gajah membabitkan Kampung Bukit Balai dan Kampung Jeram.
Meskipun begitu, APM memaklumkan belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...