Banjir: Kali ketiga tahun ini…

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

PAYA RUMPUT 19 Dis – “Ini banjir kali ke tiga untuk tahun ini dan tidak tahu berapa lama perlu tinggal di sini.

“Minta-minta banjir surut dengan cepat dan jangan air termenung kerana hendak bersihkan rumah juga ambil masa yang lama,” luah mangsa banjir Norisah Razali, 42, dari Kampung Krubong.

MANGSA banjir, Norisah Razali, 43, ditemubual wakil akhbar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kerubong, Paya Rumput. Foto: MR. Azli

Menurutnya, dia bersama dua keluarga terdekatnya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka mula dinaiki air kira-kira jam 2 petang semalam.

“Semalam air tak naik laju tetapi paras semakin naik menyebabkan saya risau keselamatan keluarga terutamanya anak sebelum berpindah ke PPS jam 9 malam semalam.

“Mujurlah barang-barang rumah dapat diselamatkan. Sekarang ini saya sudah tawar hati hendak beli kelengkapan baharu, pakai apa ada sahaja kerana bimbang rumah akan dinaiki air,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong, lewat petang tadi.

Seorang lagi mangsa banjir Mohd Hafizi Abd Halim, 32, berkata, dia dan isteri yang berada di kampung di Bera, Pahang, terpaksa bergegas balik ke Melaka selepas dimaklumkan kediamannya dinaiki air malam tadi.

Katanya, dia tidak menyangka rumahnya di Kampung Lanjut Manis, dinaiki air kerana baru sahaja bulan lalu kejadian sama berlaku.

MANGSA banjir, Mohd Hafizi Abd Halim, 32, ditemubual wakil akhbar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kerubong, Paya Rumput. Foto: MR. Azli

“Bila diberitahu dan tengok gambar rumah dinaiki air kami terus balik ke sini dan tiada apa-apa dapat diselamatkan kerana keadaan air paras lutut.

“Mujurlah saudara sempat selamatkan motosikal, barang-barang lain habis ditenggelami air. Memang tidak jangkalah akan banjir lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

827
Kongsi :
Previous post Banjir: Projek RTB akan disegerakan – Exco
Next post Banjir: 10 Pencawang TNB ditutup di Lubok China- EXCO
Ubah saiz-+=