
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor rekod penurunan, Johor dan Melaka kekal
KUALA LUMPUR, 22 Nov – Jumlah mangsa banjir di Johor dan Melaka pagi ini kekal seperti malam tadi manakala Selangor merekodkan penurunan, namun jumlah mangsa di Perak menunjukkan peningkatan.
Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 62 orang daripada 18 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Tangkak dan Segamat
Di MELAKA, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, jumlah mangsa di Daerah Alor Gajah kekal dengan 11 orang daripada empat keluarga dari Kampung Pulau dan Kampung Belimbing yang masih berada di PPS Dewan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal.
Di SELANGOR, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir berkurang kepada 391 orang berbanding 400 orang malam tadi, dan kesemua mereka ditempatkan di sembilan PPS iaitu empat di Kuala Selangor dan lima di Kuala Langat.
Di PERAK, mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 780 orang daripada 222 keluarga yang berlindung di sembilan PPS.
Selain itu, beberapa jalan di Daerah Kerian dan Perak Tengah sudah boleh dilalui semua kenderaan ringan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...