Sorting by

×

Banjir: Guna dobi layan diri, belanja RM200 sehari

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER LIMAU 26 Dis – “Saya terpaksa membelanjakan RM200 sehari untuk membasuh pakaian di pusat dobi layan diri kerana mesin basuh sudah rosak akibat tenggelam dalam banjir,” kata Aishah Md Yunos, 36.

Beliau berkata, tiada daya upaya untuknya membasuh pakaian yang dikotori lumpur banjir selain terpaksa membelanjakan RM200 untuk membersihkannya.

Dengan menggunakan mesin basuh layan diri di pekan Alor Gajah, ibu tiga anak itu terpaksa mengumpulkan pakaian kotor sebelum membasuhnya secara berperingkat.

“Kami tidak sempat menghantar mesin basuh ke kedai pembaikan, jadi saya terpaksa membelanjakan RM200 sehari untuk memastikan pakaian saya, ibu, tiga anak saudara dan abang yang menghuni rumah kami, dibasuh setiap hari,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pengkalan Pauh, Lubok Cina, di sini hari ini.

Kakitangan sebuah agensi kerajaan itu berkata, air naik mulai jam 4 pagi pada 18 Disember lalu berikutan hujan lebat sehari sebelum itu.

Katanya, dia dan anggota keluarganya terpaksa berpindah kediaman nenek saudara di atas bukit berhampiran kediaman mereka.

Dia berkata, mereka tidak sempat menyelamatkan perabot dan peralatan elektrik tetapi bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri.

Hanya pada jam 5 petang hari yang sama, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) tiba dengan menaiki bot bagi menghantar bahan makanan.

“Kami tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Telok Berembang kerana yakin air tidak akan sampai ke rumah yang kami tumpangi itu kerana kedudukannya di
atas bukit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1087
Kongsi :
Previous post Banjir: Beberapa menteri batal cuti tiba di tanah air, PM batal umrah
Next post Pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah sehingga RM10,000 oleh BSN – MOF
Ubah saiz-+=