Sorting by

×

Banjir: GMM prihatin bantu bersihkan kediaman mangsa

Masa Membaca:2 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 28 Dis – Prihatin nasib rakan yang ditimpa musibah banjir, sekumpulan mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa Melaka (GMM) mengambil inisiatif menghulurkan bantuan dalam misi pasca banjir ke Bentong, Pahang.

Pengerusinya, Danieq Afifi Iskandar Zuhri Iskandar, 22 berkata, menerusi misi pasca banjir selama disertai seramai 62 mahasiswa anak Melaka daripada pelbagai institut pengajian tinggi (IPT).

Antara mahasiswa yang terlibat termasuk penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Politeknik Melaka dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuala Lumpur serta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat.

DANIEQ Afifi Iskandar

Katanya, pada permulannya GMM menghulurkan bantuan dengan membantu untuk membersihkan kediaman mangsa banjir di kawasan Ayer Limau, Masjid Tanah dan beberapa kediaman di daerah Melaka Tengah.

“Misi itu kemudian diperluaskan di luar Melaka apabila rakan mahasiswa kami yang menetap di Bentong, Pahang yang memaklumkan kediamannya dan ratusan lagi rumah pendnduk kampung terjejas teruk akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Prihatin dengan nasib menimpa rakan dan penduduk di sana, GMM dengan kerjasama Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Rais Yasin menggerakkan pasukan untuk menghantar bantuan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Mengulas lanjut, beliau berkata dalam misi berkenaan, kumpulan mahasiswa terbabit memfokuskan tenaga kerja untuk membersihkan kediaman, madrasah, balai komuniti dan Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA).

“Pada hari pertama misi, kami pergi ke kawasan Chegar Mendang yang difokuskan kepada pembersihan di kawasan kediaman dan ketika di sana, pengalaman manis yang tidak dilupa, kami sempat bertemu Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al -Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang berkenaan memberi sokongan terhadap aktiviti kemasyarakatan GMM.

GMM bergambar bersama Pemangku RajaPahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al -Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah

“Hari seterusnya, kami melakukan kerja pembersihan di balai komuniti, TADIKA dan masrasah,” katanya.

Danieq Afifi berkata sepanjang dua hari menjalankan misi berkenaan, GMM juga menghulurkan bantuan kit makanan kepada keluarga yang terjejas yang disumbangkan juga oleh Exco Pendidikan negeri.

Jelasnya, pihaknya akan sentiasa melakukan kerja kemasyarakatan bagi menyahut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membantu masyarakat yang memerlukan ketika dilanda musibah selain menggalakkan mahasiswa untuk terus berbakti kepada masyarakat.

AKTIVITI kemsyarakat misi pasca banjir GMM turut mendapat sokongan Exco Pendidikan, Datuk Rais Yasin

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1308
Kongsi :
Previous post Ketua dan ahli kumpulan ‘Adik Mat’ mati ditembak
Next post Pasca banjir – tangkapan udang galah meningkat
Ubah saiz-+=