
Banjir: Empat kampung di Alor Gajah terjejas
ALOR GAJAH 22 Oktober – Empat kampung di daerah ini terjejas akibat banjir susulan hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Banjir Daerah (JPBD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Mohd Ridhwan berkata, susulan hujan lebat bermula kira-kira 6.30 petang tadi empat kampung iaitu dua di Gadek dan Durian Tunggal dilaporkan terjejas selepas berlaku limpahan air.
Beliau berkata, kawasan yang terjejas adalah di Kampung Gadek, Kampung Punggur, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai, terjejas.
“Di Kampung Bukit Balai ia membabitkan tiga keluarga dengan bilangan mangsa 13 orang manakala di Bukit Tambun pula, dua keluarga dengan enam mangsa terjejas.
“Di Bukit Tambun pula dua buah rumah dilaporkan terjejas manakala Bukit Balai pula, tiga buah rumah,” katanya.
Menurut beliau, bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat ini.
“Pemantauan berterusan kini sedang dilakukan bagi memantau paras air dan keadaan penduduk di kawasan dikenal pasti,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
BINTULU 7 April - Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 16 rumah setinggan di tepi Sungai Plan,...
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...