Banjir di Sungai Rambai pulih sepenuhnya
AYER KEROH 17 Julai – Bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Sungai Rambai pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, petang ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan, satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai ditutup pada jam 6.30 petang tadi.
Menurut kenyaataan itu, mangsa terakhir yang ditempatkan di PPS tersebut ialah seramai 31 orang iaitu membabitkan penduduk Jalan Janda Berhias.
Untuk rekod, PPS SMK Sungai Rambai mula dibuka pada 11 Julai lalu susulan hujan lebat yang melanda tiga kawasan di Sungai Rambai.
Difahamkan, banjir termenung berlaku di kawasan berkenaan disebabkan penempatan penduduk yang berada di kawasan rendah.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis turut memaklumkan perkhabaran tersebut di laman Facebook rasminya.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas terlibat termasuk daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Anggota RELA dan Kementerian Kesihatan Malaysia di atas bantuan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SEDIA PERKHIDMATAN LIMA BINTANG UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 28 November - Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran agar dapat memberikan perkhidmatan bertaraf lima bintang kepada masyarakat khususnya...
8 TERMASUK 3 WANITA DIPERCAYAI PENGIKUT ‘MILLAH ABRAHAM’ DITAHAN DI JASIN
JASIN 28 November - Seramai lapan individu dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham telah ditahan dalam serbuan di empat buah...
PEMANDU, DUA PENUMPANG RENTUNG KERETA REMPUH TEMBOK JAMBATAN
JASIN 28 November - Pemandu dan dua penumpang sebuah kereta rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan dalam kejadian di...
TAHANAN LOLOS DICEKUP DI KEBUN DURIAN
ALOR GAJAH 28 November - Tahanan lelaki warga Indonesia yang meloloskan diri ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada...
PEMBERSIHAN LONGKANG LEBIH KERAP – JKR MELAKA
AYER KEROH 28 November - Pembersihan longkang di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka akan dijalankan dengan lebih kerap...
MBMB PERUNTUK HAMPIR RM10 JUTA UNTUK ATASI BANJIR KILAT
AYER KEROH 27 November - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membelanjakan hampir RM10 juta bagi kerja-kerja menaik taraf perparitan untuk...