Banjir di pantai timur, Johor diramal tidak seburuk 2006,2014 – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 5 Jan – Situasi banjir ketika ini khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti yang pernah melanda negeri-negeri berkenaan sebelum ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon.
Sebaliknya kata beliau, pihaknya menjangkakan hanya banjir biasa seperti yang berlaku setiap tahun.
“Maknanya banjir berlaku seperti biasa, kita tak jangkakan sebesar 2014 atau 2013 di Kemaman (Terengganu), begitu juga di Johor kita tak jangkakan banjir sebesar 2006 dan 2007. Jadi, tahun ini lebih kurang banjir biasa, cuma tahun ini di Pahang agak besar sikit,” katanya pada sidang media di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Dr Ir Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali.
Jailan berkata dari segi ramalan terkini, pihaknya masih mengekalkan amaran cuaca waspada di Kelantan dan Terengganu, namun amaran berkenaan telah ditamatkan bagi Johor dan Pahang.
“Maknanya kita tidak menjangkakan ada hujan lebat untuk beberapa hari akan datang,” katanya. – BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
MINDEF TIDAK BERCADANG PERKENAL MODEL ELAUN KEPADA PLKN 3.0
ALOR GAJAH 20 Disember - Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara...
PESARA RUGI LEBIH RM134,000 TERPERDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD DI TIKTOK
KUANTAN 20 Disember - Seorang pesara wanita mengalami kerugian lebih RM134,000 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan...
NUTP MAHU TAMBAH JUMLAH AHLI SELURUH NEGARA
TANJUNG BIDARA 20 Disember - Jumlah warga pendidik di negara ini yang berdaftar sebagai ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia...
442 NELAYAN ALOR GAJAH, PORT DICKSON TERIMA SAGU HATI
TANJUNG BIDARA 20 Disember - Seramai 442 nelayan dari daerah Alor Gajah termasuk Port Dickson, Negeri Sembilan yang terkesan dengan...
KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK MELAKA, KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI
TANJUNG BIDARA 20 Disember - Kerajaan Melaka akan terus menyokong dan memberi keutamaan terhadap kemajuan sektor pendidikan demi kelangsungan dan...
MELAKA LAKSANA PEMUTIHAN NELAYAN, BATAL LESEN ‘ALI BABA’
TANJUNG BIDARA 20 Disember - Kira-kira 20 peratus lesen nelayan di negeri ini dibatalkan Jabatan Perikanan Negeri Melaka menerusi pelaksanaan...