
Banjir di Kluang, 54 keluarga ditempatkan di tiga PPS
KLUANG, 10 Mac – Hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas menyebabkan banjir di Daerah Kluang dan 202 orang daripada 54 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana Kluang, Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Kapten (PA) Mohd Hairol Isahak berkata tiga PPS telah dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kenchana, Dewan Kampung Kolam Air dan SK Sungai Linau.
Beliau berkata seramai 112 mangsa banjir daripada 35 keluarga ditempatkan di SK Seri Kenchana; 58 orang daripada 12 keluarga di Dewan Kampung Kolam Air dan 32 daripada tujuh keluarga di SK Sungai Linau.
“PPS SK Seri Kenchana dan Dewan Kampung Kolam Air akan ditutup sepenuhnya pukul 2 petang ini kerana air di kawasan tersebut telah surut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mohd Hairol berkata air telah naik sehingga paras lutut di kawasan-kawasan rendah seperti Bukit Keremoyang, Kampung Pisang dan Kampung Sungai Rambai.
Katanya, Kampung Mohd Amin, Kampung Kolam Air, Kampung Sungai Linau, Kampung Paya Mas dan Kampung Batu 6 turut terjejas banjir.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...