
Banjir di Jasin semakin pulih
MELAKA 17 Okt. – Banjir yang membabitkan empat kampung di Jasin makin pulih selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bemban ditutup pada jam 2.30 petang hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Melaka Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, setakat jam 8 malam tadi, hanya PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel masih dibuka.
“Jumlah mangsa di PPS SK Tehel kini adalah 19 keluarga yang melibatkan 69 mangsa.
“Banjir yang berpunca dari hujan lebat pada 16 Oktober bermula jam 2.00 pagi menyebabkan air Sungai Ayer Panas melimpah juga makin surut,” katanya ketika dihubungi.
Hujan pada Jumaat menyebabkan Kampung Lubuk Kasau dan Kampung Hulu Duyung di Bemban dinaiki air, diikuti Kampung Parit Lampong dan Kampung Tanjung Laboh, Tehel.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...