
Banjir: Bomba selamatkan tujuh keluarga terperangkap di Gadek
GADEK 1 Jan – Tujuh keluarga dari Kampung Gadek di sini berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami dinaiki air dalam kejadian banjir, awal pagi ini.
Bagaimanapun kesemua mereka berjaya dipindahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah.
Komander operasi PBK II Nazri Mat Rais berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.22 pagi sebelum menggerakkan 10 anggota ke lokasi.
Katanya, kesemua mangsa dipindahkan menggunakan bot fiber ke kawasan selamat sebelum dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Gadek.
“Pemindahan menggunakan bot fiber dilihat berkesan dalam mengakses kawasan-kawasan sempit kampung berkenaan seterusnya sesuai dalam proses intervensi dan mitigasi banjir air yang cetek.
“Semua keseluruhan 14 mangsa dipindahkan di PPS Balai Raya Gadek,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata operasi menyelamat selesai pada jam 5.17 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MERCEDES S400 TERBAKAR, PEMANDU SELAMAT
KOTA LAKSAMANA 26 April - Seorang pemandu Mercedes S400 berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Limbongan berhampiran...
KKTM MASJID JADI RUJUKAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOTIF
AYER LIMAU 26 April - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah menerima peralatan pengajaran dan pembelajaran disumbangkan sebuah syarikat...
SUSUN STRATEGI PASTIKAN MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN PELANCONG
AYER KEROH 26 April - Kerajaan Negeri giat menyusun strategi dan melaksanakan inisiatif menarik bagi menggamit serta menggalakkan kunjungan lebih...
MPAG KOMITED JADI NADI PEMBANGUNAN, WADAH PERKHIDMATAN RAKYAT
ALOR GAJAH 26 April - Bagi terus memperkasa aspek penyampaian perkhidmatan awam, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mahu setiap kakitangannya...
LAKSANA PROJEK, PROGRAM MENGIKUT TEMPOH MASA DAN SASARAN
SERI NEGERI 25 April - Penilaian indikator-indikator pembangunan, perancangan projek dan program diatur perlu mengikut sasaran dan tempoh masa ditetapkan....
PERKASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA
SERI NEGERI 25 April - Pelbagai strategi diatur bagi membantu meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan...