
Banjir: Bantuan mangsa terjejas di Pahang selamat diagihkan
KUANTAN 25 Dis – Sejumlah RM80,000 bantuan keperluan buat mangsa banjir di Parlimen Paya Besar selamat diagihkan di Dewan Dewan Semai Bakti, Felda Sungai Panching Selatan, Kuantan, Pahang, sebentar tadi.
Misi Bantuan Pasca Banjir Kerajaan Negeri Melaka ke Pahang yang bergerak tepat jam 9.10 pagi tadi telah tiba di lokasi terbabit tepat jam 1.50 tengahari tadi dibantu 50 sukarelawan terlibat dari Melaka.
Perjalanan sepanjang kira-kira 257 kilometer telah dibantu dan diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan perjalanan misi terbabit.

Pelbagai bentuk barangan bantuan telah diagihkan termasuk bekalan makanan asas, lampin pakai buang, selimut, cadar, bahan pencuci serta pelbagai lagi selamat dihantar menerusi 18 buah kenderaan terlibat termasuk sebuah kontena di sepanjang misi itu.
Misi yang diketuai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman selesai diagihkan tepat jam 3.30 petang tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...