Banjir: Banjir di Melaka semakin pulih, hanya 543 mangsa masih di PPS

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

MELAKA 5 Jan – Situasi banjir di Melaka semakin menunjukkan tanda-tanda pulih apabila jumlah mangsa terus berkurangan petang ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat jam 4 petang hanya 543 mangsa membabitkan 124 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding lebih 1,100 mangsa tengah hari tadi.

Katanya, bilangan PPS yang dibuka juga terus menurun kepada hanya lapan yang masih dibuka membabitkan ketiga-tiga daerah.

“Bilangan mangsa teramai yang masih berada di PPS ialah di SMK Sungai Rambai yang masih menempatkan sejumlah 241 mangsa setakat petang ini.

“Namun di tujuh PPS lain, bilangan mangsa yang direkodkan adalah di bawah 100 orang,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun setakat ini masih terdapat 37 kawasan terjejas yang masing-masing melibatkan 14 kawasan di daerah Alor Gajah dan Jasin, manakala di Melaka Tengah hanya melibatkan sembilan kawasan.

Antara kawasan masih terjejas di Alor Gajah ialah Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Kampung Telok Berembang, Kampung Bukit Balai, Kampung Gangsa dan Taman Angkasa Nuri.

Manakala di Jasin meliputi Kampung Chinchin, Chinchin Hulu, Kampung Sungai Dua Asahan, Chohong dan Chenderah, Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang Kampung Tersusun Rambai Jaya, Kampung Tasek, Kampung Kumpai, Jalan Simen, Kg Parit Putat Benteng (Jalan Janda Berhias), Parit Perawas (Jalan Benteng Panglima) dan Parit Sialang Benteng.

Di Melaka Tengah pula membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tamby Chik Karim, Rumah Awam Peringgit, Kampung Bachang Darat, Balai Panjang dan Bertam Malim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

685
Kongsi :
Previous post Pelajar Kolej Komuniti Melaka bantu baik pulih kenderaan mangsa banjir
Next post Banjir: PM akan pastikan semua pihak lancarkan urusan pemberian bantuan kepada mangsa
Ubah saiz-+=