
Banjir: Balai polis Lubok China tenggelam
AYER LIMAU 18 Dis – Hujan berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Lubok China ditenggelami air.
Antara yang terjejas teruk ialah Pekan Lubok China dan Balai Polis Lubok China.
Polis Alor Gajah dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, banjir kilat itu berlaku disebabkan paras air sungai naik mendadak dan melimpah ke kawasan sekitar.
Kata kenyataan itu, banjir itu menyebabkan separuh bangunan balai polis di situ ditenggalami air.
“Ini merupakan banjir yang terburuk pernah terjadi menyebabkan paras air naik separuh bangunan Balai Polis Lubok China.
“Semoga warga Balai Polis dan masyarakat sekitar dalam keadaan selamat dan dipermudahkan urusan perpindahan ke tempat yang selamat,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.