
Banjir: Anak kejut air melimpahi kediaman – mangsa banjir
MASJID TANAH 19 Dis- “Mami bangkit, rumah kita dah karam, banjir!,” laungan anak mengejutkan seorang warga emas yang sedang tidur di Kampung Rammuan China Kecil, di sini awal pagi tadi.
Halimah Chandin, 78 berkata, ketika kejadian, ia bersama tiga anak dan seorang cucu berada di dalam rumah dan sedang tidur.
Katanya, sebaik sedar air sudah melimpahi ruangan rumahnya sehingga melebihi ketinggian empat meter.
Susulan kejadian itu, dia yang berkerusi roda terpaksa dipapah oleh beberapa anggota keselamatan untuk dibawa keluar.
“Pagi tadi air laju masuk dalam rumah, saya tersedar anak saya laungkan suruh saya bangun tidur, saya tengok air dah paras peha anak saya.
“Saya berkerusi roda, sebab baru lepas pembedahan lutut, nak lari dah tak boleh, jadi tunggu bantuan.
“Sempat saya minta anak-anak ambil beg berisi dokumen penting untuk diselamatkan dahulu, alhamdulillah, ramai yang bantu papah saya keluar rumah dan dibawa ke Pusat Penempatan Sementara (PPS).
“Syukur, ramai yang prihatin dan memberi bantuan,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...