
Banjir: 7 keluarga masih ditempatkan di PPS
Masa Membaca:30 Saat
AYER KEROH 21 September – Seramai 31 mangsa dari tujuh buah keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 12 tengah hari tadi.
Kesemua mangsa dari daerah Alor Gajah kini ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Balai, Durian Tunggal, ekoran banjir masih belum surut.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa yang berada di PPS bagaimanapun menurun berbanding semalam yang merekodkan 37 mangsa.
Kata kenyataan itu, antara kawasan yang masih terjejas banjir ialah Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Belimbing Dalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
1221