Banjir: 6 hari terputus hubungan, penjaja rugi

Masa Membaca:2 Minit, 27 Saat

TABOH NANING 18 Ogos – Sebuah jambatan konkrit yang roboh akibat bencana banjir berlaku pada 11 Ogos lalu mengakibatkan enam buah keluarga terjejas selama enam hari.

Penduduk, Nurliana Suparman, 42 berkata, akibatnya kejadian dia menanggung kerugian ribuan ringgit.

Katanya yang menetap di Jalan Solok Punggai, Kampung Rantau Panjang, bencana disifatkan paling buruk kali ini mengakibatkan dia dan jirannya terputus hubungan disebabkan runtuhan jambatan konkrit yang menghubungkan antara kediaman mereka ke jalan keluar utama.

Img 20240818 110816 629
NURLIANA.

Penjaja kecil di Pekan Masjid Tanah ini berkata,  selama enam hari dia terpaksa menghentikan perniagaannya disebabkan jambatan yang roboh itu merupakan satu-satunya jalan perhubungan tidak bolh dilalui.

“Semasa kejadian saya sedang berniaga di Pekan Masjid Tanah dan hujan lebat tidak henti ketika itu mengakibatkan beberapa barangan berniaga seperti bangku, dapur dan meja dihanyutkan arus deras akibat banjir.

“Belum selesai hal banjir saya menerima panggilan daripada rakan yang memaklumkan jambatan di kampung pula roboh akibat bencana yang sama berlaku serentak.

“Selepas insiden itu, saya dan beberapa jiran lain yang juga peniaga kecil terpaksa tutup kedai sebab jambatan itulah yang menjadi penghubung kami untuk mengangkat mesin-mesin serta barang perniagaan untuk ke lokasi kami berniaga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu katanya, disebabkan keadaan kesemua kenderaan termasuk motosikal tidak boleh melalui kawasan itu dan hanya bergantung kepada titi sementara diperbuat daripada serpihan kepingan papan dan buluh untuk melintasi anak sungai.

“Selama enam hari ini saya dan suami hanya reda di atas ketentuan serta dugaan yang diberikan Allah, kita berikhtiar sebaik mungkin.

“Ini boleh disifatkan dugaan paling terbesar yang berlaku sebab kalau untuk berniaga sehari boleh dapat dalam RM400 tapi disebabkan halangan ini kami terpaksa reda kerana kerugian yang dialamai ini tidak termasuk dengan perkakasan perniagaan yang dihanyutkan banjir,” katanya.

Bersyukur dengan dugaan itu, dia turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sudi menyumbangkan ihsan membina jambatan sementara sekali gus menyelamatkan dia dan jiran-jiran yang lain.

“Alhamdulillah, meskipun jambatan ini sementara kami semua bersyukur sebab ramai yang bertungkus lumus bersama-sama penduduk menyiapkan fasiliti ini, semua pemasangan begitu cepat sehinggakan ada anggota tentera yang tidak balik, berhujan dan berpanas demi membantu kami,” katanya.

Img 20240818 110817 218
MOHD Hamezi.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Hamezi Mohd Sharifah, 39 turut mengucapkan penghargaannya kepada semua pihak terlibat termasuk Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin atas inisiatif membantu dia dan jiran-jirannya.

“Saya boleh sifatkan banjir kali ini terburuk dalam sejarah meskipun kawasan ini akan banjir hampir tiga kali dalam setahun.

“Sebab pada Ahad itu hujan berlarutan berlaku sejak jam 7 pagi sehingga petang dan sekitar jam 3 kami dimaklumkan jambatan yang ada telah hilang dibawa arus.

“Semua jiran terputus hubungan disebabkan banjir ini malah sebatang tiang lampu turut rebah dihanyutkan selain bekalan air juga terputus akibat runtuhan itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

365
Kongsi :
Previous post Misi 29 jam, bina jambatan 21 meter selesai
Next post Bawa suara Melaka di pentas Forum dan Dialog Setahun Pencapaian Ekonomi Madani Zon Selatan 2024
Ubah saiz-+=