
Banjir: 55 maut, dua masih hilang – PM
KUALA LUMPUR 20 Jan – Sebanyak 55 kes kematian telah dilaporkan akibat bencana banjir luar biasa yang berlaku, pertengahan Dis lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, jumlah itu melibatkan 40 lelaki dewasa; 12 perempuan dewasa; dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
Selain itu, katanya, terdapat dua mangsa dilaporkan masih hilang mengikut data Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kerajaan merakamkan takziah terhadap mereka yang kehilangan ahli keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menerangkan situasi bencana banjir penghujung 2021 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, dalam musibah banjir tersebut, secara keseluruhan seramai 136,030 orang menjadi mangsa daripada 38,113 keluarga.
Katanya, kesemua mereka dipindahkan ke 1,112 pusat pemindahan sementara mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
