Banjir: 373 mangsa di Melaka masih belum dapat pulang ke rumah
AYER KEROH 8 Jan – Seramai 373 mangsa banjir di negeri ini masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu direkodkan pihaknya sehingga jam 12 tengah hari ini dan menunjukkan penurunan berbanding 389 pada jam 8 pagi tadi.
Beliau berkata, daerah Jasin merekodkan mangsa tertinggi masih di PPS dengan 369 orang manakala empat mangsa dari Alor Gajah.
“Tiga PPS di Jasin yang masih dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, SK Seri Mendapat dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai.
“Manakala di Alor Gajah hanya satu PPS masih dibuka iaitu di SK Belimbing Dalam yang menempatkan empat mangsa dari satu keluarga.
“Di Melaka Tengah pula, kesemua PPS yang dibuka sebelum ini sudah ditutup sepenuhnya sejak Khamis,” katanya.
Menurutnya, Jasin juga masih mencatatkan kawasan terjejas paling banyak dengan empat kawasan dan di Alor Gajah hanya Kampung Belimbing Dalam yang masih terjejas.
“Kampung yang masih terjejas adalah di Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Parit Putat Benteng,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERUBAHAN PORTFOLIO, BUKAN ROMBAK EXCO – KM
SERI NEGERI 27 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, akan melakukan perubahan portfolio dalam kalangan Exco...
MENDIGITALKAN BECA MELAKA
SERI NEGERI 27 Disember - Pengurusan beca Melaka akan menjalani transformasi digital bertujuan menambah baik perkhidmatan berkenaan yang merupakan antara...
BAJET MELAKA 2025: DISKAUN 10 PERATUS CUKAI TANAH
SERI NEGERI 27 Disember - Sebagai galakan kepada pembayar cukai serta meningkatkan kutipan hasil tanah, Kerajaan Negeri mengumumkan diskaun kepada...
PROGRAM PELANCONGAN LEBIH ‘RANCAK’ SEPANJANG 2025
SERI NEGERI 27 Disember - Lebih banyak program pelancongan berskala besar akan dianjurkan sepanjang tahun hadapan, sekali gus memeriahkan lagi...
MELAKA FOKUS LIMA INISIATIF PERKASA GOLONGAN PENIAGA
SERI NEGERI 27 Disember - Peniaga tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada pembentangan Bajet Melaka 2025 apabila Kerajaan Negeri memfokuskan...
MELAKA SEDIA TABUNG BANTUAN DIALISIS
SERI NEGERI 27 Disember - Tabung Bantuan Dialisis Negeri Melaka akan disediakan bermula tahun depan dengan peruntukan berjumlah RM100,000. Ketua...