Sorting by

×

Banjir: 237 rumah terjejas terima bantuan kelengkapan asas

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

MASJID TANAH 25 Dis- Sebanyak 237 buah rumah melibatkan enam kawasan terjejas banjir dalam Lubok China menerima sumbangan berupa peralatan elektrik dan kelengkapan asas.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata bantuan kerajaan menerusi Misi Pasca Banjir Melaka itu turut melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) blok kerajaan dalam mengagihkan bantuan.

Katanya, enam kawasan terbabit adalah di sekitar Lubok China, Pengkalan Pauh, Telok Berembang, Taman Wira Indah, Paya Lebar dan Sungai Siput.

“Menerusi misi bantuan ini, sumbangan bantuan peralatan dan kelengkapan asas diagihkan kepada 237 rumah yang terlibat banjir di DUN Ayer Limau.

“Kawasan paling teruk terjejas adalah di kawasan Lubok China dan sebelum ink dalam program pascabanjir, saya telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memfokuskan kerja-kerja pembersihan.

“Antara kelengkapan yang disumbangkan adalah periuk nasi, cerek, cadar, selimut, kain batik dan pelekat serta bantal yang disumbangkan oleh pelbagai agensi termasuk dari jabatan kerajaan, agensi, syarikat persekutuan dan negeri di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pelepasan Misi Pasca Banjir Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di sini hari ini.

SULAIMAN pada sidang media di sini hari ini

Dalam pada itu, Sulaiman menjelaskan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di kawasan yang terjejas sedang giat dilaksanakan oleh pelbagai agensi yang terlibat seperti Jabatan pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan.

“Fokus utama adalah pembersihan sungai, longkang serta membaiki jalan yang rosak. saya sudah arahkan kerja-kerja pembersihan ini dilakukan dengan segera sebaik saja banjir surut kerana bimbang sekiranya gelombang kedua banir melanda.

“Jika ini berlaku, keadaan akan menjadi lebih buruk dan menyukarkan penduduk. Setakat ini, kerja pembersihan berjalan dengan baik dan masih berterusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

711
Kongsi :
Previous post 46 korban banjir dilaporkan, 5 lagi masih hilang – KPN
Next post Banjir-Siap sedia jika ada gelombang kedua di Melaka
Ubah saiz-+=