
Bangunan lama KWSP di Petaling Jaya terbakar
KUALA LUMPUR, 22 Mei – Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, di sini, terbakar buat kali kedua selepas insiden sama pada 2018.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.39 pagi tadi dan tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian.
Beliau berkata lebih 20 anggota dikerahkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7, BBP Serdang, BBP Puchong, BBP Pantai Dalam dan BBP Hang Tuah.
“Bangunan terbakar berkenaan hanya melibatkan tingkat 4 dan tingkat 5. Kami berjaya mengawal api pada 11.08 pagi hari ini.
“Alhamdulillah, bangunan KWSP lama itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TAMBAKAN LAUT ATASI HAKISAN PANTAI TELOK GONG
KUALA LINGGI 7 April - Projek tambakan laut bagi mengatasi masalah hakisan berlaku di Pantai Telok Gong di Dewan Undangan...
JALAN PINTAS BAHARU DUN RIM JIMATKAN 15 MINIT MASA PERJALANAN
RIM 7 April - Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Asahan dan Nyalas bakal menikmati satu lagi kemudahan hasil...
KIOS FOTO SUASANA KAMPUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 7 April - Selain menjamu selera dengan aneka pilihan makanan, tetamu singgah ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TIGA PEKERJA MAUT SEMASA KERJA PEMBERSIHAN DALAM LUBANG PEMBETUNG DI LENGGONG
IPOH 6 April - Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung, semasa melaksanakan kerja...
POLIS BURU DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH
MELAKA 6 April - Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam,...
GADIS OKU HILANG SELEPAS KELUAR BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN
MELAKA 6 April - Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas...