Bangun awal pagi, teruja berkhatan beramai-ramai

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

ASAHAN 17 Disember – Gelagat anak-anak menari keriangan apabila disembur air oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan jelas terpamer ketika menyertai Program Khatan Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan 2023 di Felda Bukit Senggeh, hari ini.

Ada juga di antara mereka sanggup berbaju Melayu dan bertengkolok untuk tampil segak untuk melangkah ke alam dewasa pada program itu.

2c09c1ba Dae1 463e 82e7 F9e813ba991d
MUHAMMAD Nuqman bersama anaknya Muhammad Noor Fareed.

Seorang bapa, Muhammad Nuqman Md Nor,35, berkata anak sulungnya berasa teruja untuk berkhatan hingga sanggup bangun seawal jam 6 pagi.

“Anak Muhammad Noor Fareed, 7, rasa seronok sangat nak sunat hari ini, ditambah pula ramai kawan-kawan jadi perasaan takutnya terus hilang.

“Sebagai bapa saya sudah maklumkan kepada dia (anak) supaya jangan takut kerana sunat ini dilakukan hanya sekali seumur hidup,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di sini, hari ini.

5fbcb141 8f1e 4738 96a2 C82233733c6b
AHMAD Fadzley bersama Muhammad Faaeq Ilman.

Manakala Ahmad Fadzley Azman,39, menganggap berkhatan pada usia lima tahun adalah menjadi tradisi keluarganya.

“Anak saya Muhammad Faaeq Ilman,5, berani sebab nak ikut jejak abang dia bersunat ketika usia lima tahun juga, kiranya sudah menjadinya tradisi keluarga kami.

“Alhamdulillah, dia dah faham apa itu sunat, mula-mula takut tetapi saya beritahu dia ini kewajipan bagi setiap lelaki sekali je seumur hidup, jadi dia cakap okaylah tak sabar nak jadi orang dewasa macam abang,” katanya.

35924af9 9473 4fd4 9b44 89e804449412
HANG Nadim bersama anaknya Tuah Harraz.

Sementara itu, Hang Nadim Hashim, 36, bersyukur anak bongsunya Tuah Harraz,6, tidak menolak untuk bersunat sewaktu dimaklumkan tentang perkara itu.

“Program begini memang dilaksanakan pada setiap tahun, jadi anak memang sudah diberikan pendedahan tentang kewajipan bersunat ini sejak awal lagi.

“Sebagai bapa saya hanya berikan kata-kata nasihat dan semangat supaya tidak perlu takut untuk bersunat,” katanya.

Terdahulu program berkenaan dirasmikan Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1113
Kongsi :
Previous post Lebih 70 bangunan berwarna-warni hiasi Sungai Melaka
Next post 110 anak DUN Asahan khatan percuma
Ubah saiz-+=