Sorting by

×

BANDARAYA MELAKA ANTARA 20 BANDAR BAHAGIA MALAYSIA 2025

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDARAYA MELAKA 21 Mac – Bandaraya Melaka dinobat antara 20 Bandar Paling Bahagia 2025.

Anugerah itu diterima Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (International Day of Happiness) Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2025.

Anugerah tersebut telah disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kepada Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman pada majlis yang diadakan di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya, semalam.

Fb img 1742560790792
KOR Ming menyampaikan Anugerah Bandar Bahagia 2025 kepada MBMB yang diwakili Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman. Foto MBMB

Selain Bandaraya Melaka, turut menerima pengiktirafan sama adalah Bandar Jasin di bawah Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Sebanyak 20 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara menerima pengiktirafan berkenaan tahun ini.

Antara yang turut tersenarai adalah Bandar Lipis, Pahang; Cameron Highlands, Pahang; Bandar Kuala Krai, Kelantan; Bandar Baharu, Kedah; Bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Bandar Jerantut, Pahang; Bandar Jelebu, Negeri Sembilan dan Bandar Telupid, Sabah bagi kategori Majlis Daerah.

Bagi kategori Majlis Bandaraya atau Perbandaran, antara yang tersenarai adalah Bandar Bintulu, Sarawak; Bandar Temerloh, Pahang; Bandaraya Diraja Klang, Selangor; Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan; Bandar Pontian, Johor; Bandar Ampang Jaya, Selangor; Bandar Batu Pahat, Johor; Bandaraya Petaling Jaya, Selangor; Bandaraya Johor Bahru, Johor; dan Bandar Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post JASIN ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025