Bandar Melaka, Cheng terjejas akibat banjir kilat
CHENG 29 Mac – Hujan lebat awal pagi tadi telah menyaksikan beberapa kawasan di sekitar negeri Melaka dinaiki air sehingga menyebabkan banjir kilat.
Antara lokasi teruk terjejas melibatkan kawasan di Cheng, yang juga merupakan antara jalan utama menghubungkan laluan ke Bandaraya Melaka serta Jalan Kee Ann, Jalan Ong Kim Wee dan Kampung Jawa.
Tular di media sosial, beberapa klip video serta gambar telah dirakam serta dikongsi oleh orang ramai yang berada di sekitar Cheng.
Kawasan persimpangan utama Cheng berhampiran Bank CIMB antara yang paling terjejas, dan dilaporkan sebuah kenderaan terkandas dalam kejadian banjir tersebut.
Manakala, Jalan Kee Ann, Jalan Ong Kim Wee serta Kampung Jawa yang terletak dalam Bandaraya Melaka turut dinaiki air.
Melaka Hari Ini kini sedang mendapatkan laporan pengesahan dari pihak berwajib rentetan kes banjir kilat tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.