Banda Hilir ‘macam semut’, dipenuhi ribuan pelancong sejak Jumaat

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDA HILIR 6 Jun – Lokasi tumpuan pelancongan di Banda Hilir terus menjadi tumpuan apabila dipenuhi pelancong sejak Jumaat lalu.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati tidak kurang ribuan orang memenuhi kawasan tumpuan antaranya Kota A Famosa, Bangunan Merah dan kawasan sekitar.

Kemeriahan itu turut memberi tempias kepada peniaga sekitar yang menerima kehadiran pelanggan secara luar biasa sejak pagi hingga malam.

Malah, beberapa lokasi makanan popular dipenuhi pelanggan sehingga ada yang terpaksa beratur panjang.

Suasana kembali meriah dengan kehadiran pelancong mengunjungi Uptown Pahlawan Walk, Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. AZLI

Suasana malam juga tidak kurang meriah apabila Uptown Pahlawan Walk turut dipenuhi pengunjung.

Selain pelancong tempatan, turut dilihat kelibat pelancong asing yang memilih Melaka sebagai destinasi percutian sebaik pintu sempadan antarabangsa dibuka.

Tinjauan turut mendapati berlaku kesesakan pada jalan utama memasuki Banda Hilir yang mana situasi itu difahamkan telah berlarutan sejak Jumaat lalu.

Tinjauan orang ramai yang berkunjung ke kawasan tumpuan pelancongan di Kota A Famosa, Banda Hilir, Melaka sempena musim cuti persekolahan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Difahamkan, kesesakan luar biasa di negeri ini adalah berikutan cuti umum yang jatuh pada esok (6 Jun) bersempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain itu musim cuti persekolahan yang sudah bermula juga membuatkan orang ramai mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2782
Kongsi :
Previous post SPRM tahan Eksekutif Kanan syarikat GLC, isteri terlibat terima rasuah lebih RM600,000
Next post Hujan lebat, ribut petir diramal berlaku di Melaka petang ini
Ubah saiz-+=