Ban Hong makin komited majukan Melaka
SERI NEGERI 25 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Lim Ban 1Hong dianugerahkan dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira pada sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di- Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Istiadat di Seri Negeri, hari ini.
Katanya, anugerah itu dianggap sebagai sokongan dan galakkan untuk beliau terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini.
“Sebagai sebahagian daripada ahli kerajaan saya akan bersama membantu Negeri Melaka untuk lebih maju dan berdaya saing pada masa akan datang.
“Saya yakin dengan semangat kebersamaan yang ada pada kerajaan hari ini kita akan dapat meneruskan usaha membangunkan ekonomi di Melaka.
“Kita akan gunakan sebaiknya semua rancangan atau peruntukan yang telah diberikan Kerajaan Persekutuan bukan sahaja dalam bidang pelancongan tetapi sektor industri dan pembuatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu, Ban Hong mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr. Mohd Ali dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di atas pemberian anugerah tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...