
‘BALAU’ HADIAHKAN EMAS KE-4 UNTUK MELAKA
AYER KEROH 25 September – Melaka berjaya meraih pingat emas keempat dalam kejohanan Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak menerusi acara olahraga, hari ini.
Pingat itu diraih Muhamad Hafiq Hizwan atau lebih dikenali sebagai Balau dalam acara 200 meter lelaki T46.
Balau berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dua tahun lalu dengan catatan masa 25.54 saat.
Pingat perak dan gangsa pula masing-masing diraih Ahmad Solihim Mohd Nor (Terengganu) dan Muhammad Hairul Azrin Muhammad Husairi (Selangor).
Kejayaan itu sekali gus menebus duka pada acara 100 meter lelaki T46, semalam, yang menyaksikan Balau terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...