Sorting by

×

Balai Polis Lubok China akan dipindahkan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

ALOR GAJAH 25 Mac – Balai Polis Lubok China dicadang untuk dipindahkan ke kawasan lebih tinggi bagi mengelakkan kerugian akibat bencana banjir.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, akibat banjir besar hujung tahun lalu kerugian akibat kerosakan dialami Balai Polis Lubuk China mencapai RM200,000.

Menurutnya, meskipun kerja pembaikan asas dan penggantian peralatan pejabat seperti komputer sudah dilaksanakan Balai Polis Lubuk China masih dicadangkan untuk dipindahkan bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

“Kami mencadangkan bangunan utama balai polis berkenaan dibina di lokasi lebih tinggi diatas bukit berhampiran berek di dalam kawasan sama.

“Setakat ini kertas cadangan sudah dikemukakan ke peringkat kementerian dengan peruntukan kira-kira RM200,000.

“Diharapkan perkara ini dapat dilaksanakan, setakat ini peruntukan bagi tujuan itu belum mendapat kelulusan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Peringatan Polis ke-215 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Alor Gajah, di sini hari ini.

Terdahulu pada majlis sama Arshad menyempurnakan gimik penyerahan dua buah bot gentian kaca disumbangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai persiapan menghadapai bencana banjir.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bot berkenaan akan ditempatkan di Balai Polis Lubok China sekali gus mampu memastikan operasi menyelamatkan mangsa banjir dapat dilaksanakan dengan segera.

“Sebelum ini kita ada menerima bot, namun saiz yang besar dan berat menyukarkan kerja untuk membawanya ke lokasi terjejas banjir.

“Hasil keprihatinan, pihak kementerian menyumbangkan bot ini bagi membantu melancarkan operasi ketika bencana.

“Sumbangan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dan akan diatur gerak ke lokasi lain yang memerlukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2165
Kongsi :
Previous post Buka FoodBank DMDI di Kemboja bantu golongan memerlukan
Next post Lima warga Nigeria ‘cari makan’ edar dadah, ‘Love Scam’ ditahan
Ubah saiz-+=