‘Baju percuma untuk 10 cucu’
BUKIT KATIL 15 Julai – Pemberian pakaian percuma menerusi Program Free Market Barangan Preloved Percuma ternyata memberi kegembiraan kepada golongan memerlukan di negeri ini.
Seorang warga emas, Sanah Ani,65, dari Bukit Piatu bersyukur kerana program itu memberi peluang kepadanya membawa balik pakaian percuma untuk 10 cucunya.
“Anak angkat saya beritahu ada program baju percuma dalam ‘group WhatsApp’, jadi saya tentukan masa untuk datang ke sini.
“Saya datang awal sebab nak pilih banyak pakaian untuk 10 orang cucu dan anak-anak buah, nanti mereka datang rumah boleh ambil pakaian ini.
“Nanti nak beritahu pada adik-beradik yang lain supaya datang ke program ini jika ia diadakan lagi,” katanya kepada Melaka Hari ini.
Program berkenaan merupakan anjuran Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Masjid Al-Ehsan Bukit Baru di sini, semalam.
Katanya lagi, lebih baik sekiranya program itu diadakan setiap bulan bagi memastikan golongan memerlukan di negeri ini menerima manfaat.
“Bagus program ini makcik suka, buat sebulan sekali pun sudah cukup, dapat lah membantu sesiapa yang kurang mampu.
“Terima kasih kepada MAIM kerana laksanakan inisiatif ini dan pakaian yang diberikan ini juga sangat cantik dan elok,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...