
BAJET MELAKA 2025 TERUS PERKASA GOLONGAN TUMPUAN
SERI NEGERI 27 Disember – Melaka merupakan negeri pertama yang memulakan inisiatif tadika khas buat 438 orang anak autisme dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bermula tahun hadapan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata perkara itu merupakan salah satu tumpuan Kerajaan Negeri dalam menyediakan bantuan peruntukan RM600,000 untuk memperkasakan golongan tumpuan.
Katanya, antara program lain yang dirancang untuk dilaksanakan menerusi peruntukan tersebut adalah Program Perhebat Orang Kurang Upaya (OKU) untuk 78 atlet para Sukan Malaysia (SUKMA).
“Program ketiga bagi pemerkasaan golongan tumpuan adalah melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk 521 pemandu teksi dan kereta sewa berdaftar di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Ucapan Bajet 2025 bertemakan Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...