
BAJET MELAKA 2025: JUALAN RAHMAH AKAN DIADAKAN DUA KALI SEBULAN DI SETIAP DUN
SERI NEGERI 27 Disember – Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Program Jualan Rahmah dua kali sebulan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun hadapan.
Inisiatif itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Ucapan Bajet 2025 bertemakan Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang.
Katanya, program itu akan dianjurkan sebanyak 672 kali sepanjang tahun hadapan.
“Program ini dilaksanakan ekoran peruntukan RM300 juta bagi Program Payung Rahmah oleh Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2025 untuk membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup.
“Program Kesedaran Pengguna juga akan terus dilaksanakan bagi memberi pengetahuan mengenai harga barang serta hak dan kepentingan sebagai pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan Bajet 2025 Negeri Melaka pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...