Sorting by

×

BAJET MELAKA 2025: DISKAUN 10 PERATUS CUKAI TANAH

Masa Membaca:49 Saat

SERI NEGERI 27 Disember – Sebagai galakan kepada pembayar cukai serta meningkatkan kutipan hasil tanah, Kerajaan Negeri mengumumkan diskaun kepada pemilik tanah di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri menawarkan diskaun 10 peratus bagi tunggakan cukai tanah kepada pemilik  menyelesaikan bayaran sebelum 31 Mei 2025.

“Hasil tanah menyumbang 63 peratus kepada kutipan hasil Negeri Melaka. Bagi memperkukuh pengurusan tanah, Kerajaan Negeri bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan pihak swasta telah menandatangani Perjanjian Konsesi Sistem e-Tanah secara Kerjasama Awam Swasta.

“Sebagai galakan pembayar cukai, Kerajaan Negeri turut mengenakan diskaun sebanyak lima peratus ke atas bayaran Premium Tanah yang diterima dalam tempoh tiga bulan dari tarikh Borang 5A dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ucapan Bajet 2025 bertemakan Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

259
Kongsi :
Previous post PROGRAM PELANCONGAN LEBIH ‘RANCAK’ SEPANJANG 2025
Next post MENDIGITALKAN BECA MELAKA
Ubah saiz-+=