
Bajet Melaka 2022 : Masyarakat, peniaga Cina perlu dibantu – Fun Juan
AYER KEROH 17 Dis – Naib Pengerusi MCA Melaka, Yong Fun Juan meminta kerajaan negeri untuk memberi insentif kepada peniaga kecil khususnya kaum Cina di negeri ini.
Beliau berkata insentif itu bagi memastikan peniaga kecil yang terkesan semasa penularan wabak COVID-19 dapat meneruskan perniagaan seperti biasa.
Katanya, akibat pandemik itu, masyarakat Cina terkesan kerana tidak mampu menjana pendapatan selain mendapatkan pekerjaan lain.
“Kerajaan negeri juga perlu memberi pengurangan cukai dan kalau boleh sedikit insentif kepada para peniaga kecil ini.
“Sekarang pun ramai orang tiada kerja kalau boleh adakan pengambilan pekerja baharu atau graduan yang masih menganggur,” katanya ketika dihubungi MHI.
Mengulas lanjut, Fun Juan turut meminta supaya kerajaan melihat semula status penerima bantuan kebajikan yang ditolak sebelum ini.
“Saya harap kerajaan lihat semula sebelum ini ada ramai ambil kebajikan ditolak…ada melibatkan golongan tua dan juga orang kurang upaya (OKU).
“Jadi saya harap kerajaan lihat kembali… semak sama ada status pemohon berpatutan atau tidak.
“Bukan itu saja, pusat penjagaan warga emas, oku dan anak-anak yatim juga perlu dilihat semula dari segi kebajikan diberikan sama ada mencukupi atau tidak,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...