Sorting by

×

BAJET 2025 MELAKA DIKAJI 3 BULAN, DAPATKAN PANDANGAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

SERI NEGERI 31 Disember – Bajet 2025 Negeri Melaka bertemakan ‘Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang’ disifatkan sebagai bajet menyeluruh yang bukan hanya berfokus kepada pembangunan semata-mata, bahkan turut menerapkan elemen peduli masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bajet tersebut mengambil masa lebih tiga bulan untuk dikaji, selain turut mendapatkan pandangan rakyat Melaka bagi memastikan ia benar-benar menyeluruh.

Malah, ia turut dibuat selepas menilai segala sumber demi memastikan santunan kepada rakyat dapat dicapai.

“Kita turut mendengar segala pandangan, cadangan, kritikan mahupun tohmahandalam penyediaan bajet yang komprehensif ini supaya segala pelaksanaannya dapat disempurna dengan baik.

“Jadi pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Kewangan telah merangka sebaik-baiknya bagi memastikan bajet ini juga dapat memebri pulangan yang besar bukan sahaja kepada negeri tetapi juga rakyat.

“Kita mahu segala dasar yang dibuat ini akan membawa pulangan yang baik kepada rakyat dan akhirnya kita telah membentangkan bajet surplus (lebihan) dan bukannya defisit, seterusnya berjaya memulihkan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari terakhir Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Menurut Ab Rauf, fokus kepedulian kepada masyarakat bukan hanya diterjemah dalam peruntukan Bajet 2025, malah ia turut diterjemah menerusi program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bermula 5 Januari depan yang akan menjelajah di kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Jelas beliau, program itu akan bermula di DUN Kuala Linggi pada 5 Januari dan berlangsung selama dua minggu membabitkan semua Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta jabatan-jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

115
Kongsi :
Previous post ‘AHLI PARLIMEN APA MACAM INI?’, SOAL KETUA MENTERI
Next post RM3 JUTA BINA, BAIK PULIH RUMAH PERCUMA DI MELAKA
Ubah saiz-+=