
Bajet 2022 – 10 kampung di Melaka bakal terima manfaat liputan telekomunikasi
SERI NEGERI 27 Dis – Sekurang-kurangnya 10 buah kampung di negeri ini bakal menerima manfaat liputan talian telekomunikasi selepas kerajaan negeri menyediakan capaian gentian optik dan menaik taraf stesen pemancar tahun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, antara kampung yang bakal menerima manfaat ialah Kampung Brisu, Kampung Solok Uban, Kampung Sungai Buluh, Kampung Ayer Limau dan Kampung Gapis.
Selain itu, ia turut melibatkan Kampung Orang Asli Gapam Baru, Kampung Chinchin, Kampung Jus, Kampung Parit Sidang Seman dan Kampung Bukit Asahan.
“Untuk merealisasikan perkara ini, sebanyak 30 buah stesen pemancar akan dinaik taraf kepada rangkaian 4G dan sebanyak 104,679 premis akan disediakan capaian gentian optik,” katanya ketika berucap dalam pembentangan Bajet Melaka 2022, hari ini.
Tambah Sulaiman, dalam bersedia menghadapi peralihan ke 5G, sebanyak 15 buah menara telekomunikasi baharu juga akan dibina di negeri ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...