
Bajet 2021: Berita baik untuk rakyat – KM
AYER KEROH 23 Okt. – Kerajaan negeri memberi jaminan Bajet 2021 yang akan dibentangkan pada awal November ini akan membawa berita baik buat rakyat Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, walaupun terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda, namun beberapa penambahbaikan telah dilakukan untuk kesejahteraan rakyat.
“InsyaAllah bajet yang baik untuk rakyat dan ada penambahbaik Bajet 2021, malah pra bajet juga sudah dibentang dalam mesyuarat MKN sebelum ini.
“Walaupun kita terkesan dengan COVID-19 bukan hanya Melaka tetapi mana-mana negeri juga terkesan akan pendapatan kewangan kerajaan, tetapi kita akan cuba buat sebaik yang mungkin,” katanya.
Sementara itu, menurut beliau sekiranya pandemik ini berterusan kerajaan negeri akan meneruskan sumbangan dan bantuan makanan kepada rakyat, khususnya mereka yang terjejas.
“Kalau COVID-19 ini tidak lagi selesai, seperti mana yang kerajaan negeri buat tahun ini kita bantu dengan kit makanan dan dengan sumbangan lain yang disampaikan, kita akan terus sambung pada tahun akan datang.
“Bagaimanapun ianya bergantung kepada kewangan kita juga, InsyaAllah kerajaan negeri akan lakukan yang terbaik untuk rakyat Melaka kerana COVID-19 ini tidak tahu bila penghujungnya,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...