Baik pulih bumbung rosak di Pasar Besar MBMB siap minggu depan – Exco Kanan
PENGKALAN BATU 27 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan membuat kerja pembaikan segera bumbung rosak di Pasar Besar MBMB, Jalan Tun Fatimah, Bachang di sini.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata kerja-kerja pembaikan tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada 2 Mei ini.
Katanya, MBMB telah mengambil inisiatif meletakkan bumbung sementara jenis ‘metal deck’ bagi bumbung yang terlibat dengan kerosakan.
“Anggaran pembaikan bumbung di pasar ini hampir mencecah RM100,000.
“Kerja-kerja pembaikan akan dilakukan segera bagi tujuan keselamatan dan keselesaan pengunjung serta peniaga dengan penggantian bumbung jenis lutsinar atau ‘transparent polycarbonate’,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan ke Pasar Besar MBMB, Jalan Tun Fatimah, di sini, hari ini.
Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.
Mengulas lanjut Rais berkata, mengenai bumbung gantian lutsinar itu, terdapat beberapa peniaga tidak bersetuju dan mahukan bumbung metal.
“Bagaimanapun pihak MBMB akan melihat kembali bumbung yang bersesuaian untuk keselesaan semua 340 peniaga di pasar tersebut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SYUKUR RAMAI YANG PRIHATIN
BEMBAN 25 Disember - Hanya rasa syukur dapat diungkapkan Nordin Abu Seman, 51, dan isteri Suzie Azita Md Zahid, 52,...
223 PESERTA MERIAHKAN BOLING DUN TANJUNG BIDARA
AYER KEROH 25 Disember - Kejohanan Boling Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyaksikan seramai 223 peserta terlibat dalam program...
MENSEJAHTERA RAKYAT FOKUS BAJET 2025 NEGERI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 Disember - Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentangkan pada Jumaat (27 Disember) ini memfokuskan kesejahteraan rakyat di...
PENGUATKUASA MBMB MAHIR ILMU ‘BASIC LIFE SUPPORT’
AYER KEROH 24 Disember - Hampir 200 penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sudah menerima latihan dan mahir mengenai ilmu...
5 PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN MPHTJ SEPANJANG TAHUN 2024
BANDARAYA MELAKA 24 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berkongsi lima pencapaian membanggakan sepanjang tahun 2024. Yang Dipertua...
IBU MAUT, ANAK PATAH KAKI DALAM KEMALANGAN DI PANTAI PUTERI
PANTAI KUNDOR 24 Disember - Ibu maut, manakala anaknya patah kaki kanan selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah kereta yang mahu...