Bahang PRN: Tempahan bilik Ames Hotel & MetraSquare penuh
AYER KEROH 22 Okt. – AMES Hotel & MetraSquare menutup sementara tempahan bilik hotel sehingga 22 November berikutan peningkatan mendadak pengunjung di kedua-dua hotel berkenaan.
Pengurus Besar AMES Hotel & MetraSquare, Pritpal Singh Paul berkata, setakat ini sebanyak 394 bilik hotel telahpun ditempah sepenuhnya bermula awal November ini.
“Memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diadakan bermula 1 hingga 22 November ini, hotel kita dah ‘fully book’ terutama daripada tokoh-tokoh politik.
“Jumlah bilik hotel di Ames ada 210 bilik dan MetraSquare 184 bilik menjadikan hampir 400 bilik dah penuh.
“Jadi untuk tempahan secara ‘walk in’ selepas ni kita dah sekat dan tempahan atas talian terpaksa dikawal,” katanya ketika ditemui MHI sdi sini hari ini.
Sementara itu Penolong Pengurus Besar Ames Hotel, Nurashiken Zainal Abidin berkata berikutan peningkatan yang mendadak pihaknya juga mengalami masalah kekurangan pekerja.
“Kita ada pelanggan tetap, bila dah sampai tahap sesak tu kita kena pastikan servis kita di tahap terbaik.
“Kena ada cukup kakitangan tapi masalah kita sekarang ini ia masih tidak mencukupi biarpun sudah ada 190 kakitangan.
“Kedua-dua hotel dah penuh 90 peratus, nak dapatkan pekerja tempatan memang susah, sekarang kita harapkan sekurangnya dapat 20 pekerja untuk bahagian mengemas bilik.
Nurashiken berkata pihaknya akan menawarkan gaji pokok lebih tinggi berbanding sebelum ini kepada mereka yang ingin bekerja.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.