
Bahan kimia tumpah, pembantu makmal dikejarkan ke klinik
SUNGAI UDANG 21 September – Seorang pembantu makmal dikejarkan ke klinik kesihatan selepas terkena tumpahan bahan kimia dipercayai asid nitrik, dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang, di sini, hari ini.
Pegawai Zon I, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.33 pagi dan susulan itu tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati benar berlaku tumpahan bahan kimia di makmal sains sekolah berkenaan yang dianggarkan 2.5 liter.
“Pasukan bomba kemudian membuat pengungsian bahagian bangunan yang terbabit sebelum melakukan pembersihan lanjut.
“Mangsa seorang wanita bertugas sebagai pembantu makmal terkena percikan tumpahan pada bahagian kaki kemudian dibawa ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut walaupun tiada kecederaan,” katanya.
Menurutnya, kejadian disyaki berlaku disebabkan tabung bahan mereput dan pecah ketika proses ‘dilution’ dijalankan.
“Operasi pembersihan dan mengenal pasti jenis sebenar bahan kimia itu masih dijalankan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...