
Azizulhasni mara ke peringkat akhir acara keirin
TOKYO 8 Ogos – Pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kini semakin hampir melakar sejarah tersendiri, merangkul pingat emas pertama Malaysia di Olimpik Tokyo, apabila berjaya mempamerkan persembahan cemerlang untuk mara ke peringkat akhir acara keirin lelaki di Izu Velodrome in Shizuoka, di sini, hari ini.
Bekas juara dunia berumur 33 tahun itu yang menjadi harapan negara untuk merangkul pingat emas sejak dari awal temasya, mengungguli Saringan Dua di hadapan pelumba Jerman Maximilian Levy dan pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen, yang meraih pingat emas dalam acara pecut lelaki.
Sementara itu penyandang juara Jason Kenny dari Britain, pelumba Australia Matthew Glaetzer dan pelumba Suriname Jair Tjon En Fa muncul tiga pelumba terbaik dalam saringan pertama.
Tiga pelumba terbaik dalam dua saringan akan berlumba di peringkat akhir, yang akan bermula pada jam 11 pagi ini.
Terdahulu, seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan peringkat separuh akhir selepas menjadi pelumba terakhir sampai di garisan penamat dalam Saringan Dua peringkat suku akhir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...