Ayzek Hakimi wakili Malaysia acara petanque di Sukan SEA-31

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

MERLIMAU 13 Mei – Pelajar Semester 1 Diploma Pemasaran Politeknik Merlimau (PMM), Ayzek Hakimi Safingan mewakili Malaysia sebagai atlet petanque ke Sukan SEA 2021 edisi ke-31 yang bermula 12 hingga 23 Mei di Hanoi, Vietnam.

Ayzek Hakimi dipilih mewakili Malaysia bagi temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu selepas beberapa siri kejayaan yang beliau capai menerusi beberapa kejohanan sebelum ini.

Jadual pertandingan Ayzek dijadualkan berlangsung 18 dan 19 Mei ini dalam temasya sukan itu.

“Ini kali pertama saya mewakili Malaysia untuk acara sukan yang besar, saya bersyukur telah terpilih sebagai atlet acara petanque bagi kategori Triple Lelaki.

“Pemilihan saya disebakan ‘track record’ saya sebelum ini yang pernah merangkul pingat emas di Asian Petanque Championship (Shooting), emas berpasukan di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, emas di Kejohanan Petanque Angkasa Kebangsaan 2018 dan beberapa lagi kejohanan berprofil tinggi.

“Saya bersyukur pemilihan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada PMM, malah dapat mengharumkan nama institusi ini ke peringkat lebih tinggi,” katanya yang merupakan anak jati Selangor.

Ayzek Hakimi merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik yang mula terlibat dalam acara sukan petanque sejak 13 tahun lalu.

“Terima kasih kepada Pengarah PMM, Norizam Sekak dan Ketua Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Amir Awang Muda yang memberikan semangat kepada saya. Insya-Allah saya akan melakukan yang terbaik demi PMM, Negeri Melaka dan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1487
Kongsi :
Previous post Tukang cat dan pelajar perempuan rugi RM47,324 dengan iklan kerja
Next post Eksekutif syarikat rugi lebih RM300,000 diperdaya Macau Scam
Ubah saiz-+=