
Ayuh imarahkan masjid, surau
AYER LIMAU 30 Mac – Pelbagai aktiviti dirancang diadakan di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau sepanjang Ramadan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mhyteen Kunju Basheer berkata, aktiviti bakal dianjurkan itu juga akan memberikan tumpuan kepada golongan asnaf.
“Kita akan rancang pelbagai aktiviti yang dijalankan di sembilan masjid dan 32 surau di DUN ini antaranya Taaruf Ramadan serta pelbagai lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu beliau menyempurnkan perasmian Program Majlis Penyampaian Watikah Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau serta Sumbangan Moreh Ramadan DUN Ayer Limau 2022, di Pejabat JAPERUN Ayer Limau, semalam.
Dalam program terbabit sebanyak 24 surau yang aktif dalam DUN itu menerima sumbangan sebanyak RM500 diikuti sembilan masjid masing-masing menerima sumbangan RM1,000 sebagai persiapan Ramadan ini.
Pada program sama beliau turut menyampaikan sembilan rostrum hasil rekaan Kolej Komuniti Masjid Tanah kepada wakil masjid berkenaan.
“Selepas ini kita akan agihkan lagi rostrum hasil rekaan KKTM kepada semua surau-surau dalam DUN ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
