Sorting by

×

AYER MOLEK BERSELAWAT DITERUSKAN TAHUN DEPAN

Masa Membaca:58 Saat

AYER MOLEK 26 Oktober – Program Ayer Molek Berselawat akan diteruskan pada tahun hadapan bagi mengajak umat Islam mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata majlis keagamaan itu perlu diteruskan berikutan sambutan diterima amat menggalakkan.

“Ramai hadir pada malam ini sekali gus menunjukkan maklum balas yang positif daripada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek.

“Justeru, tahun hadapan kita rancang akan mengadakan lagi program ini dengan kehadiran lebih ramai umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Ayer Molek Berselawat dan Karnival Sejahterakan Bandarayaku Peringkat DUN Ayer Molek Tahun 2024M/1446H di Kompleks Japerun Ayer Molek di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Badaruddin Mohd Kassim; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad dan lain-lain kenamaan.

Program berkenaan merupakan anjuran MAIM dengan kerjasama Japerun Ayer Molek.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata bagi Karnival Sejahterakan Bandarayaku pula, sebanyak 35 reruai daripada pelbagai agensi akan disediakan.

“Selain reruai, terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah permainan tradisional yang bakal menggamit nostalgia zaman kanak-kanak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

728
Kongsi :
Previous post TAMAN EKSTREM TASIK CHINCHIN ‘PERMATA’ BAHARU PELANCONGAN MELAKA
Next post MBMB KELUAR NOTIS, PERIKSA PREMIS BERUSIA LEBIH 10 TAHUN
Ubah saiz-+=