Sorting by

×

AYER KEROH LOKASI ‘WAJIB SINGGAH’ PEMINAT MOTOSIKAL, KERETA

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 24 Januari – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengangkat kawasan Ayer Keroh sebagai lokasi tempat berkumpul bagi kelab permotoran dan kenderaan empat roda.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, ia memandangkan lokasi tersebut cukup strategik iaitu betul-betul di pintu masuk utama Negeri Melaka jika melalui Lebuhraya Utara Selatan.

Menurut beliau, antara lokasi yang sering menjadi tumpuan adalah di Dataran Sejarah Ayer Keroh

“Baru-baru ini kita menerima kehadiran 110 buah kereta mewah berjenama menerusi Program Flag Off Meet and Greet 110 Porsche.

“Menerusi himpunan itu, kita menerima reaksi positif daripada peserta yang menyifatkan kawasan tersebut sebagai hentian ‘wajib singgah’ untuk mereka yang berkonvoi masuk ke negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata program melibatkan 110 kereta mewah itu melibatkan peserta daripada seluruh negara dan Singapura.

“Program tersebut dianjurkan adalah dengan kerjasama MPHTJ bersama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) di mana peserta konvoi dilepaskan di Dataran Sejarah sebelum meneruskan perjalanan ke Kota A’Famosa untuk program seterusnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

122
Kongsi :
Previous post ‘SEGARKAN’ KARYA AGUNG DALAM DUA CABANG SENI
Next post TAHUN BARU CINA: SWM TUMPU PEMBERSIHAN DI KAWASAN PELANCONGAN MELAKA
Ubah saiz-+=