Sorting by

×

Ayam hidup umpan buaya ‘viral’

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TANJUNG BIDARA 20 Februari – Ayam hidup digunakan sebagai umpan untuk memerangkap buaya ‘viral’ dikesan kerap berenang di pesisir pantai perairan Tanjung Bidara dan Kuala Linggi.

Memasang perangkap adalah antara kaedah digunakan pihak berkuasa untuk menangkap buaya berkenaan sepanjang Operasi bersepadu Mencegah, Menangkap dan Pemindahan Buaya bermula hari ini.

Operasi dilancarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, di Kompleks Perahu Layar, di sini, pagi tadi.

Difahamkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang perangkap sepanjang lima meter di dua lokasi dipercayai tempat reptilia itu kerap dikesan.

Selepas melancarkan operasi Ab Rauf yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, menyertai rondaan menggunakan bot sekitar perairan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan Kuala Linggi.

Turut menyertai rondaan adalah Adun Kuala Linggi, Rosli Abdullah bersama wakil agensi terbabit seperti Perhilitan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysian (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Terdahulu kehadiran buaya tembaga atau nama saintifiknya ‘Crocodylus porosus’ itu menarik perhatian pengunjung dan kaki pancing.

Ada dalam kalangan pihak merakam video reptilia itu yang kemudian ditularkan di media sosial hingga menarik perhatian warganet.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1911
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas di kolam renang
Next post Fazil Group ‘terbang’ lebih tinggi
Ubah saiz-+=