Sorting by

×

‘Ayah pesan ambil baju percuma untuk adik’

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BUKIT KATIL 14 Julai – “Alhamdulillah program ini beri peluang kepada saya bawa balik baju percuma untuk adik-adik, sebab itu saya sanggup datang dari Sungai Udang”.

Itu luahan Nurul Asyiqin Rahmat,22, ketika ditanya mengenai Program Free Market Barangan Preloved Percuma anjuran Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), hari ini.

Dia yang baharu berkahwin pada April lalu mengambil peluang datang ke program tersebut selepas dimaklumkan oleh bapanya semalam.

Img 20240714 142524 301
NURUL Asyiqin.

“Saya dan suami Muhd Zuhdi Abdul Rahman,22, sanggup datang biarpun jauh sedikit dari rumah hanya untuk dapatkan baju adik-adik.

“Tahu pun daripada ayah dan dia suruh datang sini, memang bagus jika program inj diadakan selalu sebab dapat membantu golongan memerlukan.

“Semalam lagi ayah pesan ambilkan baju percuma ini untuk adik-adik, alhamdulillah mereka mesti gembira bila saya balik nanti,” katanya ketika ditemui di perkarangan Masjid Al-Ehsan Bukit Baru di sini, hari ini.

Anak keempat daripada tujuh beradik ini bersyukur pemberian baju percuma itu sedikit sebanyak memberikan kegembiraan kepada keluarganya.

“Saya sampai sini awal dalam jam 9 pagi, sebab nak pilih baju risau sudah habis, harap MAIM akan teruskan program begini selepas ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1130
Kongsi :
Previous post Panggung Bangsawan dapat sambutan
Next post Penambahbaikkan sempena Bila Larut Malam
Ubah saiz-+=