
Awas pegawai kesihatan palsu
AYER KEROH 4 Mac – Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada sekiranya didatangi individu mengaku sebagai pegawai kesihatan menjalankan aktiviti mengutip wang di negeri ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, Datuk Dr. Rusdi Abd Rahman berkata, sekiranya dipaksa atau diugut untuk memberikan wang orang ramai diminta supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan kadar segera.
Dr. Rusdi berkata pihaknya menerima aduan mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang pergi ke premis perniagaan untuk mengutip wang yang kononnya bagi membiayai penerbitan buletin persatuan.
“Kejadian itu dilaporkan berlaku 2 Mac lalu, namun hasil semakan kami mendapati persatuan berkenaan tidak tersenarai dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Susulan maklumat diterima kami sudah membuat satu laporan polis.
“Kami menegaskan bahawa tiada sebarang kutipan wang boleh dibuat oleh mana-mana kakitangan JKN Melaka,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata bagi sebarang aduan atau pertanyaan orang ramai boleh menghubungi JKN menerusi talian 06-2356999.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...