
Atlet SUKMA Melaka terima lampu hijau
AYER KEROH 9 Julai – Kontinjen Melaka yang bakal ke SUKMA Johor 2020, tahun depan dibenarkan menjalani semula latihan bermula Sabtu ini (11 Julai).
Pengerusi NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, kebenaran itu selaras dengan pengumuman yang dibuat Kerajaan Persekutuan, selain permintaan daripada persatuan dan atlet sendiri yang risau akan prestasi mereka.
“Selepas kira-kira empat bulan tidak berlatih sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, mereka risau akan menjejaskan prestasi sekaligus khuatir pungutan pingat turut terjejas.
“Ada persatuan dan atlet sendiri datang berjumpa saya bertanyakan hal ini, oleh itu saya mengambil inisiatif untuk meminta Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk menulis surat kepada Jawatankuasa Khas Covid-19 Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media dan penyerahan surat lantikan Ahli Majlis, Majlis Sukan Negeri (MSN).
Menurut beliau, walaupun dibenarkan untuk menjalani latihan, atlet diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Ia membabitkan 577 atlet dari program Projek Emas dan Program Persediaan SUKMA (PPS) selain mereka turut boleh berlatih pada hari cuti umum,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
AMALKAN SUNNAH PASTI BEROLEH KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 20 April - Lebih ramai beliau disarankan supaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan memanah yang juga...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...